Seorang ibu melihat ikan kecil belaan anaknya telah mati dalam akuarium. Si ibu lantas mengambil ikan tersebut dan ingin membuang ikan tersebut melalui lubang tandas. Tiba-tiba si anak datang dan bertanya kepada ibu, "Ibu, kenapa mahu buang ikan adik?". Si ibu menjawab tanpa mahu melukakan hati anaknya, "Ikan nie dah sampai masa untuk ke syurga sebab masanya sudah tiba". Si anak mengangguk tanda faham dan melihat ibunya membuang ikan tersebut. Selepas sebulan....
Ibu membawa anaknya pulang ke kampung kerna bapanya iaitu datuk kepada anaknya telah meninggal dunia. Si Anak bertanya kepada ibunya, "Ibu datuk ke mana?". Disebabkan anaknya masih kecil dan belum mampu untuk memahami tentang kematian, si ibu menjawab "Nak, datuk telah sampai masanya dan akan dihantar ke syurga". Anaknya lantas menjawab "Ibu, muat ke datuk nak pergi ikut lubang tandas?"... Si ibu terus terdiam!....
6 comments:
tak insurans mulut budak tu. flush dia dlm toilet pulak baru tau!
haha... jgn.. cian kat dia... Dia kecik lagi.. wahahaha
jgn la anak den buat begini~
hehehe... btl2... tp maknye yg ajo... jeng3..
haha..
mak dia sungguh la bijaksana~
ngee~
Haaa... tau x pa.. wakakaka... Ibu Contoh!... Gagagaga
Post a Comment